TEHERAN – Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Rabu mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan kira-kira 40 misil ke arah sasaran Amerika Syarikat dan Israel, pada hari kelima konflik di Asia Barat.
Dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen negara, IRGC berkata:“Beberapa jam lalu, gelombang ke-17 Operasi Janji Benar 4 telah dilaksanakan dengan pelancaran 40 misil oleh pasukan aeroangkasa IRGC, terhadap sasaran Amerika dan Zionis,”.