Konflik Asia Barat: China kekal pendirian adil

Iklan
Wang Yi. Foto: China Media Group

BEIJING - China kekal konsisten dengan pendirian adil terhadap isu Asia Barat serta akan terus memainkan peranan konstruktif dalam membantu meredakan ketegangan.

Perkara itu ditegaskan Menteri Luar China, Wang Yi semasa perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Israel Gideon Sa'ar pada Selasa.

Iklan
Iklan

Yi berkata, China sentiasa komited dalam mendorong penyelesaian isu nuklear Iran menerusi pendekatan politik.

Pusingan rundingan baharu antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) mencapai kemajuan ketara dengan mengambil kira kebimbangan keselamatan Israel, namun proses itu terganggu oleh operasi ketenteraan.

Iklan

Beliau menegaskan bahawa penggunaan kekerasan tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya boleh mencetuskan masalah baharu serta kesan sampingan yang serius.

"Nilai sebenar kekuatan tentera adalah untuk mencegah perang, bukan dipamerkan di medan perang,” katanya.

Iklan

Yi turut menyeru agar tindakan ketenteraan dihentikan serta-merta bagi mengelak konflik berkenaan daripada terus memuncak.- Bernama-CMG