Bahrain musnahkan 74 peluru berpadu, 92 dron Iran sejak Sabtu

Iklan
Markas Besar Tentera Bahrain menegaskan bahawa semua sistem pertahanan kekal bersedia sepenuhnya pada setiap masa untuk menghadapi sebarang ancaman. Foto: Agensi

MANAMA - Kerajaan Bahrain mengumumkan bahawa sistem pertahanan udaranya berjaya memusnahkan 74 misil dan 92 dron Iran sejak Sabtu, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Dalam kenyataan yang disiarkan Agensi Berita Bahrain (BNA), Markas Besar Tentera Bahrain menegaskan bahawa semua sistem pertahanan kekal bersedia sepenuhnya pada setiap masa untuk menghadapi sebarang ancaman.

Iklan
Iklan

Ia menggambarkan penggunaan misil balistik dan dron untuk menyasarkan kemudahan awam dan harta persendirian sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, terutamanya prinsip pembezaan dan kesepadanan. Ia menekankan bahawa serangan yang bersifat musuh itu merupakan ancaman langsung terhadap keamanan dan keselamatan serantau.

Markas Besar itu menyeru semua orang untuk kekal berada di rumah dan tidak keluar kecuali dalam keadaan yang amat perlu, sambil mematuhi tahap berhati-hati tertinggi untuk memastikan keselamatan diri. - Bernama-WAM

Iklan

 

 

Iklan