Fasiliti nuklear Natanz di Iran terjejas semula - IAEA

Iklan
IAEA mengesahkan "kerosakan terkini pada bangunan pintu masuk” fasiliti nuklear Natanz di Iran. Foto: Agensi

TEHERAN - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan"kerosakan terkini pada bangunan pintu masuk” fasiliti nuklear Natanz di Iran, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa berkata ia dapat mengesahkan, berdasarkan imej satelit terkini yang tersedia,"beberapa kerosakan terkini pada bangunan pintu masuk” di Loji Pengayaan Bahan Api Natanz (FEP) bawah tanah di Iran.

Iklan
Iklan

"Tiada kesan radiologi dijangka dan tiada impak tambahan dikesan pada FEP itu sendiri, yang mengalami kerosakan teruk dalam konflik Jun lalu,” tambahnya, merujuk kepada perang selama 12 hari yang dilancarkan Israel terhadap Iran tahun lalu yang turut melibatkan serangan AS ke atas fasiliti Natanz, bersama dua fasiliti lain. - Bernama-MNA

 

Iklan
Iklan