'Hantu selimut hitam' curi iPhone akhirnya tertangkap

Iklan
Kelibat 'hantu selimut hitam' itu dirakamkan CCTV. Foto: Agensi

KOTA MEDAN – Sebuah rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kelibat 'hantu selimut hitam' mencuri iPhone menjadi tular di media sosial.

Sosok misteri berselubung itu dilihat berjalan secara perlahan di sebuah warung mi Aceh di Kota Medan, Sumatera Utara di Indonesia.

Iklan
Iklan

Sekali pandang, ia kelihatan seperti hantu yang berkeliaran pada waktu awal pagi.

Rupa-rupanya, ia bukanlah makhluk ghaib sebaliknya seorang penjaga parkir dikenali sebagai Deni Siregar, 50.

Iklan

Pelaku cuba menggunakan selimut hitam untuk melindungi identitinya daripada dirakamkan CCTV ketika dia memasuki sebuah warung kopi semasa kesemua pekerja masih nyenyak tidur.

"Tetapi, rancangannya mahu mencuri gagal dan hanya sempat mencapai iPhone 11 selepas salah seorang staf terbangun lalu menjerit ke arahnya," ujar Kanit Reskrim Polsek Medan Area, Iptu Fajri Lubis.

Iklan

Deni kemudiannya menghilangkan diri selama kira-kira sebulan sebelum diberkas pada akhir minggu lalu.

Dia mengakui telah menjual iPhone 11 tersebut pada harga 600,000 rupiah (RM140) untuk menampung keperluannya.

Deni kini ditahan di Polsek Medan Area dan berdepan dakwaan melakukan kecurian. - Agensi