Dakwaan boikot, Masjid TTDI tetap penuh
Iklan
Suasana sebelum berbuka dipenuhi ramai jemaah yang turut hadir bersama ahli keluarga.
KUALA LUMPUR – Di sebalik dakwaan kononnya berlaku boikot di media sosial, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini terus menerima kehadiran ramai jemaah termasuk komuniti setempat.
Situasi itu sekali gus menepis dakwaan kononnya jumlah jemaah berkurangan selepas tular video memaparkan ruang berbuka puasa di masjid tersebut kelihatan lengang.