Hanya satu perkataan: Memalukan!
Iklan
Laporan Sinar harian pada Isnin berhubung kegagalan meluluskan RUU pindaan Perlembagaan hadkan tempoh jawatan PM.
AWANG kecewa, marah dan dukacita. Hanya satu perkataan yang dapat Awang fikirkan: Memalukan. Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk mengehadkan tempoh maksimum 10 tahun bagi jawatan Perdana Menteri tak lulus di Dewan Rakyat.
RUU itu kurang dua undi untuk lepas takah dua pertiga yang diperlukan. Hanya 146 yang menyokong Awang rasa malu dengan sikap ahli-ahli Parlimen kita. Seramai 32 orang tak hadir termasuk lapan daripada blok kerajaan. Sejumlah 44 orang tidak mengundi atau berkecuali.