KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun dalam Kerjasama Ekonomi (D8) yang dijadual berlangsung di Jakarta, April ini.
Perkara itu dinyatakan Anwar pada sesi kunjungan hormat Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia yang baharu, Raden Mohammad Iman Hascarya Kusumo di Bangunan Parlimen, hari ini.