Melaka tubuh jawatankuasa tangani Covid-19
Iklan
Sulaiman Md Ali
MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bagi membolehkan maklumat mengenai wabak itu dapat disampaikan dengan lebih baik ke peringkat akar umbi.
Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Abd Ghafaar Atan akan bertindak sebagai penghubung kepada penyaluran berita agar rakyat lebih memahami keadaan sebenar wabak koronavirus (Covid-19) terutama di negeri itu.
Iklan
Iklan
"Jawatankuasa ini diharapkan dapat mencari kaedah terbaik dalam memastikan rakyat mendapat maklumat serta penerangan jelas mengenai perkembangan semasa wabak itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sulaiman berkata, kerajaan negeri juga meluluskan insentif khas susulan wabak Covid-19 untuk rakyat negeri sebagai tambahan kepada pengumuman yang dibuat sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
"Insentif tersebut merupakan penangguhan bayaran cas abstraksi air kepada 169 pemegang lesen abstraksi air mentah di negeri ini bermula bulan ini hingga Jun depan.
"Turut dipersetujui pengurangan sewaan penyewa industri kecil dan sederhana (IKS) dan Pengusaha Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) selain tunggakan tidak lebih dua bulan akan diberi pengecualian dua bulan sewaan manakala tunggakan lebih dua bulan pula diberikan diskaun 50 peratus bagi dua bulan sewaan.
Iklan
Menurutnya, kerajaan negeri juga bersetuju membuat pembayaran insentif kepada seramai 495 petugas barisan hadapan dalam kalangan pihak berkuasa tempatan (PBT) secara bulanan sehingga Covid-19 selesai.
"Kos dua insentif pertama berjumlah RM2.75 juta manakala insentif kepada petugas barisan hadapan PBT membabitkan peruntukan RM99,000 sebulan yang ditanggung oleh PBT masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, Sulaiman turut mengumumkan keputusan kerajaan negeri berhubung penangguhan solat sunat tarawih di masjid dan surau sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan ketika ini dan akan berakhir 14 April ini dilanjutkan lagi.
Menurutnya, penangguhan tersebut turut membabitkan solat Jumaat serta pengagihan bubur lambuk pada Ramadan ini selain pembatalan rasmi penganjuran bazar Ramadan.
"Ini selaras dengan saranan yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 demi kepentingan bersama," katanya.
Kejujuran seorang tukang kebun di Muzium Samudera, Banda Hilir di Melaka tidak rambang mata apabila memulangkan seutas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM15,000, Ahad lalu wajar dipuji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan bekerja di muzium berkenaan tidak berfikir panjang dan terus menyerahkan gelang seberat 25 gram itu kepada kakitangan muzium.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795651/edisi/melaka-ns/baru-dua-bulan-bekerja-tukang-kebun-pulangkan-gelang-emas-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.