SHAH ALAM - Fenomena global terbitan Netflix, 'KPop Demon Hunters' kini menjejakkan kaki ke Malaysia menerusi pembukaan kedai pop-up eksklusif di Genting SkyWorlds Studio Plaza bermula 20 Februari hingga 15 Mac ini.
Inisiatif dengan kerjasama Netflix yang dikendalikan oleh bemyfriends mengalu-alukan peminat untuk menyelami dunia filem animasi popular itu termasuk kelab fandom global rasmi 'HUNTR/X' dan 'Saja Boys' menerusi pengalaman interaktif yang ditawarkan.