Iran tak akan jadi seperti Syria, Libya
Iklan
Sistem pertahanan canggih yang dimiliki Iran akan melindungi negara itu daripada menerima nasib sama seperti Syria dan Libya.
SHAH ALAM – Kemungkinan Iran mengalami nasib sama seperti Syria, Libya atau Iraq susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ketika ini disifatkan sebagai tidak realistik.
Pakar geostrategi, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, situasi di Iran berbeza berbanding negara-negara tersebut yang sebelum ini menyaksikan perubahan rejim selepas campur tangan ketenteraan diketuai AS.