Siapa Ketua Pembangkang sebenarnya?
Iklan
Hamzah masih kekal sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Foto: Bernama
KRISIS dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus menambah gelora dalam blok pembangkang apabila kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang kembali menjadi pertikaian susulan pemecatan keahliannya daripada Bersatu.
Situasi semakin berliku apabila Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan Hamzah masih kekal sebagai Ketua Pembangkang.