Jojo terkandas di Jeddah, penerbangan dibatalkan

Iklan
Johan

BINTANG muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar bersama keluarganya terkandas di Makkah susulan pembatalan penerbangan untuk pulang ke Malaysia.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Johan atau lebih mesra disapa Jojo menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Story miliknya.

Iklan
Iklan

Berdasarkan hantaran tersebut, Jojo memuat naik keratan tangkap layar emel pemakluman rasmi daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) berhubung status penerbangannya yang telah dibatalkan.

Bagaimanapun, jaguh ONE Championship itu dilihat tenang berdepan situasi tersebut selain menyifatkan mempunyai lebih banyak masa untuk berada di Mekah.

Iklan

"Perancangan ALLAH," tulisnya ringkas pada hantaran berkenaan.

Difahamkan, Jojo dijadualkan pulang semula ke Malaysia pada Ahad selepas selesai mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci.

Iklan

Pembatalan penerbangan tersebut adalah rentetan daripada tindakan beberapa syarikat penerbangan dunia yang terpaksa menghentikan operasi.

Ia berikutan penutupan ruang udara di beberapa buah negara di Asia Barat susulan konflik peperangan antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran yang memuncak sejak Sabtu.