Kedengaran letupan di Teheran susulan serangan udara baharu Israel

Iklan
Tentera Israel pada Ahad mengumumkan pelancaran gelombang serangan baharu yang menyasarkan beberapa lokasi di Tehran. Foto Agensi

ISTANBUL - Tentera Israel pada Ahad mengumumkan pelancaran gelombang serangan baharu yang menyasarkan beberapa lokasi di Teheran, manakala media Iran melaporkan beberapa letupan berlaku di utara ibu negara itu.

Menurut kenyataan tentera, serangan itu dilakukan oleh tentera udara dengan"panduan perisikan tentera" terhadap sasaran yang dikaitkan dengan"rejim Iran," lapor  Anadolu Ajansi.

Iklan
Iklan

Agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim, melaporkan beberapa letupan berlaku di utara Tehran.

Sementara itu, agensi berita rasmi Iran, IRNA, melaporkan bunyi letupan kuat yang berpunca daripada serangan peluru berpandu dan udara kedengaran di beberapa kawasan termasuk Seyed Khandan, persimpangan Qasr, Dataran Vanak, dan Jalan Motahari. - Bernama-Anadolu

Iklan

 

 

Iklan