Pegawai pertahanan tertinggi Iran dilaporkan terkorban dalam serangan AS-Israel

Iklan
Ali Shamkhani - Foto: Agensi

ISTANBUL - Setiausaha Majlis Pertahanan Iran, Ali Shamkhani, dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media Iran pada Ahad.

Shamkhani juga merupakan penasihat kanan kepada Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.

Iklan
Iklan

Laporan menyatakan bahawa serangan itu mengorbankan beberapa pegawai kanan pertahanan Iran.

Selain Shamkhani, Jeneral Mohammad Pakpour, komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), turut terkorban dalam serangan berkenaan, menurut beberapa laporan.

Iklan

Shamkhani, 70, mengetuai rundingan dengan AS mengenai program nuklear Iran.

Beberapa hari sebelum serangan itu, beliau berkata,"Jika isu utama rundingan bukan mengenai pembuatan senjata nuklear oleh Iran, perkara ini adalah selaras dengan dekri agama yang dikeluarkan oleh pemimpin Iran serta doktrin pertahanan negara, dan perjanjian segera boleh dicapai.” - Bernama

Iklan