Anwar jangan ulangi kesilapan Najib
Iklan
Tindakan membesarkan siasatan dengan menggunakan terma komplot menggulingkan kerajaan tidak sepatutnya berlaku pada zaman pentadbiran Anwar.
KENYATAAN Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail bahawa pihaknya sedang menyiasat komplot menggulingkan kerajaan sangat mengejutkan dan menimbulkan kebimbangan mengenai ancaman keselamatan negara. Pada saat ini, sebahagian masyarakat mungkin teringat peristiwa Al-Maunah melibatkan ancaman bersenjata terhadap keselamatan negara.
Namun apa dikatakan sebagai komplot menggulingkan kerajaan ini kelihatan tidak lebih daripada dakwaan komplot untuk mendedahkan dakwaan korupsi terhadap kerajaan terutama melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).