Sejarah ringgit Malaysia
Iklan
Sejak diperkenalkan pada tahun 1967, ringgit Malaysia telah melalui pelbagai keadaan politik dan ekonomi - dalam dan luar negara. Gambar hiasan
APABILA Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, ia tidak mempunyai mata wang sendiri. Mata wang penjajah Inggeris yang dikenali sebagai Ringgit Malaya dan British Borneo (Malaya and British Borneo Dollar) terus digunakan.
Hanya selepas 10 tahun iaitu pada 12 Jun 1967, barulah Bank Negara Malaysia memperkenalkan mata wang sendiri yang dipanggil dolar Malaysia. Nama dolar Malaysia ditukar kepada ringgit pada tahun 1975.