Mentransformasi RTM sebagai badan penyiaran
Iklan
Ashwad Ismail dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia untuk meneruskan transformasi RTM.
ADA tiga mesej utama yang cuba disampaikan oleh Ashwad Ismail dalam klip video ketika bertemu petugas Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) yang tersebar luas di media sosial setelah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia pada 23 Februari lalu.
Ketiga-tiga mesej tersebut dizahirkan sewaktu beliau memperkenalkan diri secara tidak rasmi kepada karyawan akar umbi RTM.