MERSING - Peniaga ayam gunting, Aziani Mohd Nordin menyiapkan juadah ayam gunting yang dijual pada harga Rahmah di Bazar Ramadan Rahmah Taman Wawasan di sini.
Inisiatif menawarkan menu Rahmah itu diteruskan bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan makanan pada harga berpatutan meskipun berdepan peningkatan kos bahan mentah dan operasi.
Ayam gunting Rahmah pada harga RM5 masih dikekalkan dengan tiga keping isi ayam sebagai alternatif mampu milik kepada pelanggan. - Foto Bernama