MyCC bongkar taktik kartel harga
Iklan
MyCC turut memantau pasaran makanan laut bagi memastikan persaingan kekal sihat dan harga stabil. Gambar kecil: Iskandar
KENAIKAN harga barang sering dikaitkan dengan kerajaan, sedangkan sebahagiannya berpunca daripada kos operasi serta amalan antipersaingan seperti kartel dan monopoli dalam pasaran.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Datuk Iskandar Ismail berkata, kegiatan kartel dianggap serius kerana memberi kesan langsung kepada pengguna. Sejak 2012, MyCC mempergiat siasatan terhadap pelbagai bentuk kartel di peringkat pengeluaran, pengedaran dan peruncitan.