'Selamat ulang tahun perkahwinan ke-46 buat Azizah' - Anwar

Iklan
Anwar menzahirkan ucapan penuh kasih dan penghargaan sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke‑46 bersama isteri tercinta, Wan Azizah. Foto FB Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan ucapan penuh kasih dan penghargaan buat isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempena ulang tahun perkahwinan ke-46.

Dalam ucapan yang dikongsikan di akaun Facebook, Anwar menyifatkan Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebagai cinta hati yang setia mendampingi dalam setiap suka dan duka.

Iklan
Iklan

"Terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus.

"Semoga ALLAH SWT terus memelihara dan memberkati perjalanan hidup kita," kata beliau.

Iklan

Menerusi hantaran itu, Anwar memuat naik gambar lama dan terkini dengan meletakkan lagu bertajuk Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir.

Iklan

Anwar dan Wan Azizah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 1980 dan perkahwinan mereka diserikan dengan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.