Maahad Tahfiz Istiqomatuddin perlu dana siapkan bangunan terbengkalai sejak PKP

Iklan
Maahad Tahfiz Istiqomatuddin di Kampung Sementa, Kapar, Klang memerlukan dana sebanyak RM850,000 bagi menyiapkan pembinaan bangunan demi kelangsungan sistem pendidikan huffaz dan pemerkasaan al-Quran.

KLANG - Maahad Tahfiz Istiqomatuddin di Kampung Sementa, Kapar, di sini memerlukan dana sebanyak RM850,000 bagi menyiapkan pembinaan bangunan baharu yang terbengkalai sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), demi kelangsungan sistem pendidikan huffaz dan pemerkasaan al-Quran.

Pengurusnya, Faizah Hamid berkata, pembinaan bangunan di atas sebidang tanah wakaf Majlis Agama Islam Selangor itu bergantung sepenuhnya kepada yuran pelajar serta sumbangan orang ramai bagi menampung kos operasi dan pembangunan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, institusi tersebut berdaftar sepenuhnya dengan Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, serta berperanan melahirkan generasi huffaz yang seimbang dari sudut rohani, sahsiah dan akademik.

“Bangunan tiga tingkat yang sedang dibina ini berkapasiti menempatkan sehingga 150 orang pelajar dan merangkumi dewan, surau, pejabat, bilik guru, kelas, asrama, bilik penginapan warden serta guru, selain kemudahan gelanggang futsal,” katanya.

Iklan

Beliau memberitahu, antara kerja-kerja yang masih belum disiapkan termasuk pemasangan pendawaian elektrik, pemasangan mozek, serta kerja mengecat bangunan dan banyak lagi.

Jelasnya, objektif utama kutipan dana adalah untuk menyiapkan pembinaan bangunan yang tertangguh sejak PKP, bagi menyokong sistem pendidikan para huffaz seterusnya memartabatkan al-Quran sebagai teras pembinaan ummah.

Iklan

Kemasukan pelajar ke Maahad Tahfiz Istiqomatuddin dibuka sepanjang tahun, merangkumi pengajian hafazan 30 juzuk al-Quran, Syahadah al-Quran, Diniyyah serta akademik asas.

Dalam masa sama, kata beliau, kemasukan pelajar ke Maahad Tahfiz Istiqomatuddin dibuka sepanjang tahun, merangkumi pengajian hafazan 30 juzuk al-Quran, Syahadah al-Quran, Diniyyah serta akademik asas.

"Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 562067609497 atas nama Maahad Tahfiz Istiqomatuddin.

"Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Mudir, Abdul Rahim Mat Ellah di talian 012-271 1268 atau 017-6202054," katanya.