KKM keluarkan SOP pelaksanaan sanitasi awam

Iklan
Petugas Alam Flora melakukan proses penyahkuman atau disinfeksi di Kompleks Perhentian Kajang sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19 hari ini. - Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan sanitasi awam yang lebih efektif bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini berikutan terdapat banyak aduan berhubung cara proses nyah cemar berkenaan dilaksanakan pada masa ini.

Iklan
Iklan

"Ada yang mengadu tidak mengikut peraturan dan sebagainya, jadi KKM telah membangun dan mengeluarkan satu SOP tentang bagaimana cara setiap nyah cemar dilaksanakan.

"Nyah cemar ini akan dilaksana bukan sahaja di tempat awam tetapi akan diteruskan dari rumah ke rumah," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di sini hari ini.

Iklan
Iklan
Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan semburan ketika Operasi Pembersihan Disinfeksi di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman. - Bernama

Sebelum ini, terdapat kebimbangan daripada beberapa pihak terhadap pelaksanaan proses sanitasi awam yang dikhuatiri tidak menepati SOP KKM.