Desakan RCI perlu rasional - Penganalisis
Iklan
Desakan agar isu pegangan saham membabitkan Azam Baki dibahaskan di Parlimen serta ditubuhkan RCI perlu dinilai secara rasional. Gambar kecil: Mazlan (kiri) dan Ariff Aizuddin
SHAH ALAM – Desakan agar isu pegangan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dibahaskan di Parlimen serta ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu dinilai secara rasional dan berlandaskan undang-undang.
Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata, isu berkenaan kini menjadi perhatian susulan persaingan parti-parti politik untuk meningkatkan komitmen dan imej masing-masing di mata pengundi.