Puasa dulu, puasa sekarang
Iklan
Bazar Ramadan bukan budaya besar ketika itu, sekadar gerai kecil di tepi jalan. Kini, bazaar Ramadan menjadi pesta makanan. Foto fail Bernama
SETIAP kali Ramadan menjelma, saya selalu teringat suasana Felda yang sederhana tetapi penuh makna.
Waktu itu, puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi satu pengalaman kolektif yang membentuk jiwa. Kini, suasananya jauh berbeza.