Lebih 5,000 maut akibat Covid-19 di AS

Iklan
Seorang penduduk yang melakai topeng muka di stesen metro di Washington D.C. Foto: Xinhua

WASHINGTON - Lebih 5,000 orang maut akibat koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat, lapor agensi berita Xinhua memetik perangkaan terbaru Johns Hopkins University semalam.

Angka korban seluruh Amerika mencecah 5,119, manakala jumlah kes positif sudah melebihi 215,000, menurut data yang dikemas kini Pusat Sistem Sains dan Kejuruteraan universiti itu.

Iklan
Iklan

Negeri New York kekal menjadi pusat penularan wabak berkenaan dengan lebih 83,000 kes dan 2,219 kematian, kedua-dua data itu adalah yang tertinggi di wilayah dan negeri Amerika.

Di seluruh dunia, sejumlah 937,170 kes dan 47,235 kematian dicatatkan dengan hampir 200,000 sudah sembuh dengan penyakit itu.

Iklan
Iklan

Itali dan Sepanyol, dua negara lain yang masing-masing mencatat lebih 100,000 kes menyaksikan 13,155 dan 9,387 kematian. - Bernama