KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat negeri serta Kuala Lumpur dan Labuan sehingga 11 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran cuaca buruk itu melibatkan Perak, khususnya kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.