KUALA LUMPUR - Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak 5 sen kepada RM3.04 seliter, manakala harga di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 26 Februari hingga 4 Mac ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit petrol RON97 turut dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM3.15 seliter, manakala harga petrol RON95 tanpa subsidi dinaikkan 5 sen kepada RM2.59 seliter bagi tempoh sama.
Iklan
Iklan
MOF turut memaklumkan harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter.
"Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga,” katanya.
Selain itu, MOF memaklumkan kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama