Jet pejuang F-16 Turkiye terhempas, juruterbang maut

Iklan
Tangkap layar video di lokasi kejadian jet pejuang F-16 Turkiye terhempas yang dikongsi pengguna X.

WASHINGTON - Sebuah jet pejuang F-16 milik Turkiye terhempas di wilayah Balikesir, barat negara itu pada awal Rabu, mengorbankan seorang juruterbang, menurut Kementerian Pertahanan seperti dilaporkan Anadolu Ajansi.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan hubungan radio dan maklumat penjejakan dengan pesawat berkenaan terputus selepas ia berlepas dari Markas Pemerintahan Pangkalan Jet Utama Ke-9 di Balikesir pada 12.56 tengah malam waktu tempatan (2156 GMT Selasa).

Iklan
Iklan

Menurut kementerian itu, operasi mencari dan menyelamat segera dilancarkan dan bangkai pesawat kemudiannya berjaya ditemukan.

"Juruterbang kami terkorban. Punca nahas akan ditentukan selepas siasatan oleh pasukan pemeriksaan nahas dijalankan," menurut kementerian itu sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga juruterbang.

Iklan

Gabenor Balikesir Ismail Ustaoglu turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga juruterbang. - Bernama-Anadolu

 

Iklan