Gadis 21 tahun disiram air panas, didera ibu bapa angkat

Iklan
Keadaan tubuh KH berbalut akibat kesan luka teruk. Foto Agensi

BALIKPAPAN - Kes penderaan sekali lagi meraih perhatian ramai selepas seorang kanak-kanak maut di tangan ibu tirinya.

Kali ini melibatkan seorang gadis berusia 21 tahun di Balikpapan, Kalimantan Timur di Indonesia.

Iklan
Iklan

Mangsa dikenali sebagai KH didera oleh ibu bapa angkatnya.

Gambar yang menjadi tular menunjukkan keadaan mangsa berbalut akibat kesan luka termasuk melecur kerana disiram air panas pada tubuhnya.

Iklan

Media tempatan melaporkan KH mendedahkan dia menjadi mangsa dera sejak berusia 11 tahun.

"Perbuatan kejam pasangan itu terbongkar selepas mangsa melarikan diri dari rumah mereka.

Iklan

"Dia kemudiannya dibawa ke rumah sakit oleh penduduk setempat untuk mendapatkan rawatan," menurut laporan itu lagi.

Difahamkan, pihak berkuasa masih menyiasat kes tersebut dan lima individu telah dipanggil untuk membantu siasatan. - Agensi