Era 'strong men' sudah berakhir
Iklan
Pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri akan mengambil kira tempoh perkhidmatan yang telah dilalui sebelum ini. Gambar hiasan
MENGEHADKAN tempoh perkhidmatan tahun bagi seorang PM ini maksudnya jumlah terkumpul. Macam Tan Sri Muhyiddin mungkin ada 7 tahun lagi kalau dia kembali jadi PM. Tuk Seri Ismail Sabri ada 9 tahun. PMX tinggal 7 tahun. Tak ada lagilah keadaan di mana seorang PM pegang jawatan 22 tahun atau tambah 2 tahun lagi.
Dulu lain, sekarang lain. Masa dulu Presiden Suharto dari Indonesia memerintah selama 32 tahun, Tun Mahathir 24 tahun, Ferdinand Marcos dari Fiipina selama 21 tahun dan Lee Kuan Yew jadi PM Singapura selama 21 tahun.