KUALA LUMPUR - Seorang penganggur hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengugut untuk membunuh adik lelakinya, Sabtu lepas.
K. Charaniyathevan, 25, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap K. Jeevadevan, 22, di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Air Panas, Off Jalan Genting Kelang di sini pada jam 4.49 pagi 21 Februari lepas