Ujian kepimpinan Ahmad Samsuri bermula
Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Profesor Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid (atas) dan Profesor Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi
SHAH ALAM - Pelantikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mencetuskan dimensi baharu kepimpinan dalam landskap politik pembangkang.
Berbeza dengan amalan kebiasaan gabungan politik di Malaysia, jawatan Pengerusi PN kali ini tidak disandang presiden parti, sebaliknya diberikan kepada tokoh nombor tiga dalam Pas.