Ancaman senyap tibi cetus kebimbangan
Iklan
Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tempoh beberapa minggu pertama 2026 sahaja, ribuan kes direkodkan di seluruh negara. Gambar kecil: Dr Haliza Abdul Rahman.
KETIKA negara memberi tumpuan pelbagai isu kesihatan baharu, satu penyakit lama kembali menular dalam diam iaitu tuberkulosis atau tibi.
Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tempoh beberapa minggu pertama 2026 sahaja, ribuan kes direkodkan di seluruh negara. Lebih membimbangkan, kluster aktif terus dikesan menandakan penularan masih berlaku dalam komuniti.