14 individu didenda RM1,000 langgar PKP di Baling

Iklan
Sebahagian daripada 14 individu yang didakwa di Mahkamah Majistret Baling hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.

BALING - Seramai 14 individu didenda RM1,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesemua tertuduh berusia antara 20 hingga 40-an didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan Pondok Kampung Banggol Berangan dan Taman Bersatu Baling sekitar jam 11.15 malam hingga jam 1 pagi pada 29 Mac lalu.

Iklan
Iklan

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ikmal Affandi Zulkifli di hadapan Majistret Mohd Izmi Ibrahim.

Antara yang didenda akibat melanggar Perintah Kawalan Pergerakan di Baling.

Iklan

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000 dan dua bulan.penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Sementara itu, empat daripada mereka turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan kedua iaitu bergaduh.

Iklan

Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Mohd Izmi menjatuhkan hukuman denda RM1,000 bagi pertuduhan kedua ke atas keempat-empat tertuduh dan jika gagal membayar denda boleh dihukum penjara dua bulan.