Exco Terengganu ditahan SPRM, Pas terbuka untuk disiasat - Takiyuddin

Iklan
Takiyuddin

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Pas sentiasa terbuka untuk disiasat mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan laporan seorang Exco di Terengganu ditahan agensi itu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu telus untuk sebarang siasatan melibatkan pemimpinnya.

Iklan
Iklan

“Pas selalu terbuka untuk sebarang siasatan kepada pimpinan negeri, ahli Parlimen dan bahkan pimpinan parti.

“Pas terbuka dan telus mengenai semua hal ini,” katanya ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Tertinggi Perikatan Nasional (PN) di Pejabat Pas Pusat di sini pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai penahanan seorang Exco di Terengganu oleh SPRM.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, SPRM Terengganu menahan seorang Exco kerajaan negeri kerana disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya dengan mengarahkan dua anaknya diambil bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Iklan

​Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 11.15 pagi pada Ahad ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Kemaman.