'Pandangan mereka perlu berubah, dapatkan gambaran sebenar tentang Pas'

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Tuan Ibrahim

SHAH ALAM - Pas mengalu-alukan semua pihak yang ingin menjalinkan kerjasama dengan parti itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas bukan parti baharu dalam negara dan perkara itu jelas dalam pelbagai kerjasama politik sebelum ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pendekatan parti tersebut perlu difahami oleh semua kerana tiada perkara yang perlu ditakuti, sekiranya mereka ikhlas untuk membangunkan negara.

"Pas tidak perlu berubah, tetapi pandangan mereka perlu berubah dengan mendapatkan gambaran sebenar tentang Pas.

Iklan

"Banyak maklumat dikutip daripada musuh yang cuba menakutkan pengundi bukan Melayu kepada Pas," katanya kepada Sinar Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Penerangannya, Neow Choo Seong.

Iklan

Choo Seong sebelum ini menyatakan MCA tidak berdepan sebarang masalah untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas susulan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyatakan penyatuan Melayu antara dua parti terbesar (UMNO dan Pas) perlu segera dimulakan di Melaka sehingga PRU16.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menegaskan, sebarang keputusan berkaitan kerjasama mesti dibincang secara rasmi oleh parti masing-masing.