FAM, harapan pada Tuanku Abdullah!
Iklan
Al-Sultan Abdullah. Foto Bernama
RUANGAN ini dimulakan dengan rayuan agar Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudi mencemar duli menyelamat dan memulihkan maruah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta maruah negara.
Sejarah bola sepak negara penuh tradisi dan warna-warni yang membanggakan. Kita mungkin tidak pernah jadi gergasi bola sepak Asia dan dunia, namun kita tidak pernah cuba menjadi jaguh dunia dengan menipu.