Trump dijangka susun strategi selepas tamat tempoh tarif 10 peratus
Iklan
Mohd Yazid
SHAH ALAM - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka akan menggunakan pendekatan undang-undang yang lebih tersusun sebagai teras strategi menekan rakan dagangnya.
Pakar Undang-Undang Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli berkata, pentadbiran Trump berkemungkinan akan mendapatkan kuasa lebih jelas melalui Kongres bagi melanjutkan atau mengukuhkan rejim tarif selepas tempoh sementara tamat.