Periksa tahap kesihatan mental?
Iklan
Hari ini mereka yang nak berkahwin diwajibkan pemeriksaan HIV. Foto hiasan
TERKEJUT beruk Awang dengan saranan seorang sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) agar tahap kesihatan bakal pengantin diperiksa terlebih dahulu. Beliau cadangkan hal itu sebagai syarat tambahan mereka yang mahu berumah tangga.
Hari ini mereka yang nak berkahwin diwajibkan pemeriksaan HIV. Dengan cadangan ini akan ada pula sijil 'sihat mental' untuk kahwin. Awang hargai apapun pandangan daripada siapapun asalkan cadangan itu munasabah.