Mayat wanita tanpa identiti ditemui dalam longkang

Iklan
Satu mayat wanita tanpa identiti ditemui di dalam longkang kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Kampung Tengah, Segamat pada Jumaat. - FOTO: PDRM

SEGAMAT – Satu mayat wanita tanpa identiti ditemui di dalam longkang kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Kampung Tengah di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, mayat mangsa ditemui orang awam pada jam 11.40 pagi yang melalui kawasan berkenaan sebelum menghubungi polis.

Iklan
Iklan

"Mangsa dipercayai seorang wanita warga emas berusia lingkungan 60-an, namun identitinya masih belum dapat dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa.

“Pegawai perubatan dari Hospital Segamat telah hadir ke lokasi dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Iklan

“Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik hospital sama untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,”katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohd Jumazanzahir berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.

Iklan

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat di talian 07-9324222 atau mana-mana balai polis berhampiran.