Konon basuh periuk, lelaki dicekup khalwat

Iklan
Penguat kuasa JAINJ menahan seorang lelaki dan wanita di sebuah rumah di Kluang. - Foto JAINJ

KLUANG - Seorang lelaki bujang ditahan bersama seorang wanita selepas dipercayai berkhalwat di sebuah rumah di sini, awal pagi Rabu.

Lelaki berusia 30-an itu dicekup ketika sedang membasuh periuk besar dalam tandas dengan hanya memakai seluar dalam serta baju T pada jam 1.30 pagi.

Iklan
Iklan

Menurut JAINJ, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menjalankan pemeriksaan susulan aduan orang awam berhubung kehadiran seorang lelaki bukan mahram di rumah berkenaan pada lewat malam.

"Sebaik tiba di lokasi, penguat kuasa mendapati sebuah kereta milik lelaki dan wanita berada di hadapan rumah.

Iklan

"Pintu hadapan tidak dibuka walaupun diketuk beberapa kali sebelum seorang wanita membuka pintu hampir lapan minit kemudian," katanya.

Ujarnya, pemeriksaan ke dalam rumah tidak menemukan lelaki terbabit di ruang tamu mahupun bilik tidur.

Iklan

"Sebaik menolak pintu, penguat kuasa ternampak seorang lelaki hanya berseluar dalam dan baju T, duduk sambil mencangkung sedang membasuh periuk besar.

"Penguat kuasa minta lelaki itu keluar dan dia kelihatan gelisah serta ketakutan bila melihat kehadiran kami. Hasil soal siasat mendapati mereka hanya pasangan kekasih dan bukan suami isteri.

"Daripada keterangan mereka, lelaki itu masih bujang dan bekerja di Kluang manakala wanita itu juga berusia 30-an belum berkahwin. Apabila ditanya tujuan lelaki itu datang, dia menjawab hanya membantu wanita membasuh periuk," katanya.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati cadar, selimut dan bantal dalam keadaan berselerak.

"Siasatan juga mendapati kejadian berkenaan bukan kali pertama berlaku.

"Pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor kerana disyaki berkhalwat," katanya.