Bersatu berantakan, Pas penentu
Iklan
Dalam matematik politik, siapa cukup nombor dialah memimpin.
POLITIK di Malaysia penuh tekanan, ugutan di belakang tabir dan drama, tetapi krisis terkini dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memuncak Disember lepas, lebih daripada sekadar episod biasa dalaman parti. Ia melibatkan penyandang Ketua Pembangkang sendiri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Apabila seorang Ketua Pembangkang dipecat oleh partinya, persoalannya bukan lagi tentang disiplin organisasi. Ia tentang legitimasi, kestabilan dan masa depan seluruh blok pembangkang.