Siapa nak susun semula bentuk eksport negara?
Iklan
Menyusun semula bentuk eksport dan rantaian bekalan yang lebih strategik bukannya kerja yang mudah dan boleh dicapai segera. Gambar hiasan.
JIKA dahulu kita begitu bergantung kepada sistem perdagangan antarabangsa di bawah payung Organisasi Perdagangan Dunia (WTO), semuanya berubah apabila Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) buat kali kedua.
Dia memulakan serangan berbentuk tarif ke atas kebanyakan negara-negara di dunia dengan meletakkan peraturan-peraturan dagang WTO di belakang.