Projek lulus dulu, isu air kemudian - Bekas Pengerusi SPAN
Iklan
Charles Santiago
SHAH ALAM – Keghairahan pembangunan pesat pusat data di Malaysia didakwa lebih dipacu sasaran kemasukan pelaburan berbanding penetapan awal had kapasiti sumber air dan tenaga elektrik negara.
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago, berkata antara 2021 hingga pertengahan 2025, kerajaan meluluskan lebih 140 projek pusat data bernilai kira-kira RM144 bilion bagi merangsang pertumbuhan ekonomi digital.