Johor mula terasa tekanan air?
Iklan
Pemuda PH Johor memandang serius gangguan bekalan air yang menjejaskan beberapa kawasan di negeri itu susulan paras Sungai Benut dan Empangan Machap dilaporkan berada pada tahap kritikal.
SHAH ALAM – Pemuda Pakatan Harapan (PH) Johor memandang serius gangguan bekalan air yang menjejaskan beberapa kawasan di negeri itu susulan paras Sungai Benut dan Empangan Machap dilaporkan berada pada tahap kritikal.
Gabungan itu merujuk laporan media yang menyatakan Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam kini beroperasi pada kadar rendah berikutan kekurangan sumber air mentah, sekali gus memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat serta menimbulkan kebimbangan terhadap pengurusan sumber air negeri dalam menghadapi kepesatan pembangunan industri.