Pusat data perlukan 876 juta liter air sehari
Iklan
SPAN memberi jaminan penumpuan kerajaan kepada pelaburan pusat data di Malaysia tidak akan menjejaskan sumber air rakyat terutama di negeri-negeri kritikal.
SHAH ALAM – Sebanyak 876 juta liter air sehari diperlukan bagi menampung operasi 104 pusat data di Malaysia pada 2025, jumlah bersamaan keperluan harian hampir empat juta rakyat berdasarkan purata penggunaan domestik sekitar 228 liter seorang sehari.
Angka didedahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) itu menyerlahkan skala penggunaan air industri digital yang semakin berkembang seiring ledakan pelaburan pusat data bernilai berbilion ringgit di negara ini, sekali gus mencetuskan kebimbangan sama ada pertumbuhan pesat sektor berkenaan mampu diseimbangkan dengan kapasiti sebenar bekalan air negara.