Bot karam: Mayat lelaki warga emas ditemukan terdampar di pantai

Iklan
Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di perairan Pantai Manis, sejak empat hari lalu, ditemukan meninggal di Pantai Kampung Sangkabok, Menumbok, Papar pada Khamis.

PAPAR - Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di perairan Pantai Manis, sejak empat hari lalu, ditemukan meninggal dunia di Pantai Kampung Sangkabok, Menumbok, pada Khamis.

Mayat Saimon Ongit, 60, ditemukan oleh orang awam terdampar di pantai tersebut dan ditular di media sosial.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya dimaklumkan penemuan mayat tersebut oleh ahli keluarga sendiri.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang memasuki hari keempat dimulakan di kawasan pesisir pantai Kampung Bundusan dan Muara Pengalat sejauh empat kilometer dengan menaiki bot.

Iklan

"Pada jam 3.20 petang, ahli keluarga memaklumkan kepada pasukan penyelamat bahawa mangsa telah ditemui selepas menerima laporan orang awam melalui aplikasi TikTok," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Rozlan berkata, mayat tersebut ditemukan di kawasan kira-kira 71 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Iklan

"Ahli keluarga kemudian membuat pengecaman dan mengesahkan ia adalah mangsa yang dilaporkan hilang.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sinar Harian pada Selasa lalu melaporkan mangsa bersama rakannya keluar memukat ikan namun bot yang mereka naiki karam di perairan tersebut.

Dalam kejadian itu, rakannya Primus Ujim, 52, dilaporkan selamat selepas terapung di tengah laut manakala mangsa dikhuatiri lemas.