Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan pengumuman minit mesyuarat FOMC

Iklan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS semasa pembukaan pada Khamis berikutan mata wang AS meningkat pengumuman minit mesyuarat FOMC. Gambar hiasan

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa pembukaan pada Khamis berikutan mata wang AS meningkat pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), memberi petunjuk bahawa kenaikan kadar faedah berpotensi akan berlaku, kata seorang penganalisis.

Pada jam 8 pagi, ringgit turun kepada 3.8965/9160 berbanding dolar AS daripada 3.8945/9055 semasa ditutup pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.57 peratus kepada 97.712 mata apabila minit mesyuarat FOMC terkini menunjukkan bahawa beberapa peserta mesyuarat itu lebih cenderung kepada penjelasan dua hala mengenai keputusan jawatankuasa itu.

"Situasi ini menunjukkan bahawa menaikkan kadar faedah mungkin dilakukan sekiranya inflasi kekal melebihi paras sasaran,” katanya kepada Bernama pada Khamis.

Iklan

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata, ringgit dijangka kekal sekitar RM3.89 hingga RM3.91 hari ini memandangkan butiran data yang kukuh untuk ekonomi Malaysia.

Bagaimanapun, pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Iklan

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5191/5318 daripada 2.5356/5430 ketika ditutup pada Isnin, melonjak berbanding euro kepada 4.5936/6166 daripada 4.6204/6335 sebelumnya dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.2583/2846 daripa 5.3137/3287.

Ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0746/0905 daripada 3.0860/0949 ketika ditutup pada Isnin lepas, menambah berbanding baht Thailand kepada 12.4640/5364 berbanding 12.5205/5619 sebelum itu dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 230.7/232.0 daripada 231.4/232.2.

Namun, ia susut berbanding peso Filipina kepada 6.73/6.77 daripada 6.71/6.74 ketika ditutup sebelum ini.