'Alhamdulillah' - Radzi Jidin kongsi foto cetus tanda tanya bertemu Abdul Hadi

Iklan
Mohd Radzi (dua dari kiri) memuat naik status memaparkan foto pertemuannya bersama Abdul Hadi (tengah). FOTO: Facebook Dr Mohd Radzi Jidin.

SHAH ALAM - Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin yang baharu sahaja dilantik menjalankan tugas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkongsi gambar pertemuan beliau dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Turut kelihatan dalam gambar yang dikongsikan Mohd Radzi ialah Setiausaha Agung Pas merangkap Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris.

Iklan
Iklan

Tidak memperincikan lokasi pertemuan dan butiran perbualan, Mohd Radzi memuat naik hantaran tersebut di Facebook dengan kapsyen pendek sahaja.

"Alhamdulillah," katanya pada Rabu.

Iklan

Sementara itu, Razali turut memuat naik status memaparkan foto pertemuan tersebut di laman Facebooknya.

"Insya-ALLAH,” tulisnya ringkas.

Iklan

Pada Sabtu lalu, Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MT) Bersatu bersetuju melantik Mohd Radzi dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia tindakan yang perlu diambil dan pilihan terbaik buat masa ini dalam usaha untuk memulihkan perpaduan dan menyelamatkan parti.

Jelas beliau, mesyuarat khas MPT sepakat untuk terus menyokong perjuangan Bersatu, membina semula parti dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Kenyataan itu dibuat selepas parti mengadakan Mesyuarat Khas MPT Bersatu di kediaman rasminya di Bukit Damansara.